Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Siksa Ahli Neraka Seperti Penyakit Unta Dahaga "Al-Hiim"!

 


Simak Video Berikut Ini:



MINUMAN AHLI NERAKA

فَشَارِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ الْحَمِيمِ ﴿٥٤﴾ فَشَارِبُونَ شُرْبَ الْهِيمِ ﴿٥٥﴾ سورة الواقعة...

Maksudnya:

"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, (54) "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit الهيم sentiasa dahaga dan tidak puas-puas". (55)

Apakah yang yang dimaksudkan dengan kalimah الهيم dalam ayat dari Surah al Waqiah ini?

الهيم Al Hiim:

Merupakan satu penyakit/virus yang dihidapi oleh unta. Di mana unta ini akan sentiasa dahaga walau sebanyak manapun air diminum. Tidak lama kemudian lemak lemak dalam badan unta akan kering dan habis. Unta akan menggeletar dan menggelupur dalam tempoh yang tertentu. Setelah itu barulah unta tersebut mati setelah terseksa sekian lama.

Ini adalah gambaran keadaan ahli neraka yang tidak akan hilang haus buat selama lamanya walaupun diberi minum, lemak lemak akan mengering, kemudian menggeletar dan menggelupur kerana kehausan. Nasib Ahli neraka berbeza dengan unta pengakhirannya. Berakhir penyeksaan unta dengan kematian atau pun sembuh dengan perubatan tradisional. Tetapi ahli neraka akan menderita penyakit seperti penyakit الهيم unta buat selama lamanya.

نعوذ بالله من ذلك..

اللهم أجرنا واهلينا من النار،

Penyakit/Virus الهيم pada unta ada ubat dan penawarnya!

Pengembala unta apabila mendapati untanya menghidapi penyakit الهيم maka mereka akan mencari sejenis ular yang bernama Bougrine.

Ular ini akan dimasukkan hidup hidup dalam perut unta. Ular ini akan mati dalam perutnya dan in Sya Allahu Ta'ala unta ini akan sembuh kerana virus tersebut dibunuh oleh bisa/racun ular Bougrine tersebut.

#babaumair. 5/3/2018

Source: FB Abdul Basit Abdul Rahman

KabeL DakwaH
KabeL DakwaH Owner Gudang Software Ryzen Store

Posting Komentar untuk "Siksa Ahli Neraka Seperti Penyakit Unta Dahaga "Al-Hiim"! "