Suami Unboxing Isteri
1. Telah menjadi trend terkini di
media sosial, pasangan
pengantin baru menjalankan upacara “unboxing isteri”. Akhbar Kosmo melaporkan:
“Video yang dimuat naik itu memaparkan pengantin lelaki akan membantu
membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang
terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.”
Link berita: Kosmo.com
2. Trend ini adalah perbuatan yang bertentangan dengan prinsip Islam secara asasnya. Rasulullah memerintahkan para suami agar
memelihara kehormatan dan penampilan para isteri, sekalipun di hadapan seorang
lelaki yang buta.
3. Perhatikan bagaimana Rasulullah memerintahkan isteri Baginda agar
memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan
kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang
buta ke rumah Baginda. Kata Rasulullah:
احْتَجِبَا مِنْهُ،
فَقُلْنا: يَا رَسُولَ اللهِ أَلَيْسَ هُوَ أَعْمَى لاَ يُبْصِرُنَا وَلاَ يَعْرِفُنَا؟
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ: أَفَعَمْيَاوَانِ أَنْتُمَا أَلَسْتُمَا تُبْصِرَانِهِ
“Hendaklah kamu berdua memakai
hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai
Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan:
Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR. Abu Dawud
no. 4112, At Tirmidzi no. 2778)
4. Apa yang lebih membimbangkan
sekiranya video seperti ini menjadi tontonan kepada anak-anak muda yang
masih bersekolah sehingga mereka pun ikut-ikutan mempraktikan trend seperti ini yang berpotensi menjadi budaya di kalangan mereka.
5. Atau perbuatan tersebut diikuti pula oleh pasangan suami isteri lain yang turut mempertontonkan aksi mesra mereka di khalayak ramai. Tentunya, kita semua tidak ingin menjadi pencetus kemungkaran.
Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam:
وَمَن سَنَّ في
الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ
“Dan barangsiapa yang melakukan perbuatan
buruk di dalam Islam,
sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia mendapatkan dosa dan menanggung dosa mereka yang
melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim)
7. Malah, istilah "unboxing"
ini juga tidak layak untuk digunakan pada isteri, yang dimana mereka itu bukanlah material atau layaknya suatu barang. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan
Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim.
Ingatlah,
Istrimu bukanlah untuk konsumsi Publik.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Posting Komentar untuk "Suami Unboxing Isteri"
Sebelumnya kami ucapkan Jazakumullahu Khairan atas tegur sapa antum semua di web Kabeldakwah.com ini.
==> Komentar Anda akan ditanggapi oleh Admin saat Aktif.